Tuesday, December 7, 2010

Cheezy Wedges



Bahan-Bahan:

4 ketul kentang dikupas kulit dan di potong
1-2 sudu tepung jagung
5 sudu tepung ayam goreng
minyak masak
sos
cheese powder + sedikit air

Cara membuatnya:
gaulkan kentang bersama kedua-dua tepung..goreng di atas api yang slow sehingga empuk...
setelah siap...tos kan kentang dan bolehla di cicah bersama sos dan cheese tersebut...

Thursday, November 25, 2010

Marble Cheese Cake


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko(umie guna 1/2 cawan koko dan 5 sudu coklat masak)
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor(umie guna 1 cawan gula pasir di kisar)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB(umie guna tepung hong kong)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Selamat Mencuba


Tuesday, November 23, 2010

Daging Masak Hitam


Ahad...hari paling relax dan hari tu juga la hari yang boleh umie bersilat kat dapur....
hari tu balik kpg...bawa balik daging korban tu..
sb nak habiskan semua daging..so 1st umie masak daging masak hitam ni..
mula-mula ingat nak wat rendang..tp kerisik lak tak da..dah la baru 1st time nak masak rendang..haha...rendang dah jadi masak hitam lak jadinya...

so..kalu nak tau resepinya tanpa kerisik...nilah dia....

Daging Masak Hitam...

Bahan A:
1 kg @ 1/2 kg daging
gula apong/gula melaka

Bahan B:
serai
halia
lengkuas
bawang merah
bawang putih
cili kering
(Bahan B di blender/kisar)

Bahan C:
minyak masak
kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih


Bahan D:
Santan
perencah rendang adabi
browning/caramel brownie
kicap

Cara Mambuatnya:

**daging di perap bersama gula apong/gula melaka
1. Panaskan minyak
2. Tumis Bahan C
3. Masukkan pula Bahan B yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
4. kemudian masukkan pula Bahan D.
5. Masukkan pula daging yang telah di perap. kacau hingga rata dan sehingga masak. tamabh air jika masakan kering...


**selamat mencuba yer kawan-kawan..ni jer lah menu yang simple umie watkan kalu yang jenis x suka nak guna bahan byk-byk..hehhee

Saturday, November 20, 2010

Resepi Cheese Kek


assalamualaikum....
umie direct to the point jerlah yer....
memandangkan ad ablogger yang tertanya pasal resepi kek ni..so..inilah resepinya....

kek ni umie wat hari raya aidil adha ri tu....
sorrylah x kemas sb sajer jer wat..xda pulak terfikir nak letak dalam blog..hahhaa...



Bahan-Bahannya:

250gm(1ketul)mentega anchor yg xmasin,(boleh guna apa2 mentega kalu xda mentega anchor..umie guna golden churn salted pun boleh..)

250gm cream cheese(anchor),(cream cheese lain-lain boleh guna)

170ml krimer (nestle)-tin,

1 gelas gula halus,

200ml susu segar(dutch lady),(utk mencelup biskut, kalu xda dutch lady boleh guna susu jenama lain)

2bks biskut salted cheese(biskut ni susah nak dapat kat semenanjung..biskut import dari sarawak, selain tu boleh guna biskut lain..celup dahulu baru susun cth: oreo, biskut marie)

Cara membuat:

(1).masukkan mentega dan gula pukul hingga kembang.kemudian masukkan krimer dan cheese pukul lagi hingga betul2 kembang.

(2).susu segar di panaskan kemudian disejukkan.

(3).sediakan acuan 9x9 @ 8x8 dilapik dgn aluminium foil yang secukupnya untuk menutupi keseluruhan kek tersbt.

(4).untuk lapisan bawah kek sapukan krim (1) tadi.celupkan biskut cheese ke dalam susu segar tadi (2) dan disusunkan rapat2 kedalam acuan.

(5).selepas itu susun lagi biskut cheese tsbt dan tekan.sapu lagi dengan krim dan begitulah seterusnya sampai hbs.

(6).setelah siap masukkan kedlm pt sejuk biarkan slama 2 jam.

(7).siap utk dimakan.

Thursday, October 21, 2010

Ikan Pari Masak Singgang a.k.a Masak kunyit...

Assalamualaikum...

dah lama x postkan something kat blog ni...
bukannya umie x masak..ada masak tp asyik masakan yg sama so xperlu la umie nak ulang tayang kat sini lagi kan...hehhehe

so..semalam 20102010..tarikh yang cantik...dan tarikh lahir anak saudari umie....
yg menyambut hari lahir yg ke 17thn...
then semalam jugak la hubby umie baru balik dari outstation...
so..xtau nak masak apa..tgk ikan pari ada dalam peti..ingatkan nak masak kari....
last-last kari jadi singgang pulak dah..hehheh....
maybe...cara masak singgah stp negeri lain -lainkan...so..kat sini umie akan sertakan sekali resepi masak singgang style umie k....hehhehe



Bahan-Bahan:

beberapa ketul ikan pari dipotong segiempat...
*1 ulas bwg merah
*1 ulas bawang putih
*3 biji cili api
*kunyit 1 cm
1 btg serai di titik
2 keping asam keping
2-3 biji buah limau kasturi - diambil jusnya...
garam
bahan bertanda * bergantung kepada jumlah ikan samada byk /sikit

Cara Membuatnya:

tumbukkan kesemua bahan itu tadi...
masukkan air ke dalam periuk bersama ikan dan juga bahan yang telah ditumbuk...
masukkan juga asam keping dan jus limau kasturi..
masakkan semua bahan hingga masak..

masakan ni rasanya pedas masam-masam...

ok..tu jerlah resepinya....

selamat mencuba...



Wednesday, September 1, 2010

Kek Belacan

Di sini..umie ingin kongsikan kek feveret umie iaitu kek belacan..
resepi ni dari blog kak Hasue....



Bahan2:


16oz mentega

10 biji telur

1 gelas gula halus

1 tin susu pekat manis

1 tin kecil serikaya

1 tin kecil nestle cream

1 paket kecil horlicks

2 gelas tepung gandum

Browning sugar secukupnya (Caramel Brownie)

satu sudu kecil nescafe

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu teh esen vanila



Cara membuatnya:

Didih air di dalam pengukus sebelum mengukus kek

Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu

Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)

Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati

Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan

Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.

Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati

Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung

Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama sehingga masak atau selama 4 jam..jgn kukus terlalu lama kerana kek akan merekah...




Selamat Mencuba....

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan: Day 20 Mee Goreng

Assalamualaikum...
dah lama x wat n3 kat blog ni...almaklumla...bz sikit kebelakangan ni...

lupa lak nak wish...selamat hari kemerdekaan...
yang ke 53....2010...

20 Ramadhan hari tu..umie berbuka ngan mee goreng jer..dah xtau nak masak apa dah...
mr. hubby pun layan jer...
untuk pengetahuan u all..mee kuning kat sini x sama seperti mee kuning di kampung umie...
biasanya ada satu persatuan yang menjalankan perniagaan membuat mee kuning ni di kpg umie...

beza mee kuning ni ngan mee kuning di kampung umie..mee kuning ni kalu nak masak umie kena rendam dulu ngan air..bagi lembik ckit..kalu x time masak still macam keras lagi..kalu mee kuning kat kpg umie tu x perlu nak celur/remdam..terus masak pun x per..masak mee sup pun sedap..nanti kalu balik kampung nak beli la...hehheheh


ok..kat sini..umie nak kongsi resepi umie memasak mee goreng ni..ni mee kuning jenama Laksamana...
ni la cara memasak mee yang paling simple....u all tengok bahan pun mesti fikir..jadi gak mee ni walau pun bahan ckit..hehhe...yg penting sedap...hehehhe

Bahan-bahannya:

1 bungkus mee kuning
1/2 biji bawang besar
cili secukupnya
udang
sos
1 biji telur
sedikit garam
kicap manis
minyak panas secukupnya

Cara memasak:

rendam mee kuning 5-10 minit dan kemudian toskan hingga kering
panaskan minyak masak
tumis bawang besar dan cili
kalu dah kekuningan...masukkan udang..kacau-kacau, tambahkan sedikit air dan masak
pukul telur dan masukkan ke dalam kuali bersama udang..kacau hingga rata..masukkan pula sos ikut suka..byk sos..mee akan jadi makin lembik...
kemudian masukkan mee dan kacau hingga rata..
masukkan kicap secukupnya..dan sedikit garam..mee kuning ni masin..so..jgn la letak byk sgt garam...hehehe..
kacaulah mee hingga masak..dan kemudian boleh la dihidangkan...




Saturday, August 28, 2010

Resepi Daging Kicap Berlada

hello...hello....assalamualaikum
hehhehe..bertemu lagi di rancangan masak memasak...hehehe
xdalah saja jer gurau...dah lama x update resepi kat blog ni...

so kali ni umie nak tunjukkan resepi mcm mana nak masak daging kicap berlada ni cara umie....so layan....
.
.
.
.
.
.

Bahan-Bahannya:

daging lembu yang telah di hiris
2-3 ulas bawang merah dan bwg putih
halia
3-4 biji cili padi
sedikit minyak masak
kicap manis
sedikit garam
air
sedikit lada sulah yang telah ditumbuk

Cara membuatnya:

tumbuk bawang merah, bwg putih, halia dan cili padi...
panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan/naik bau...
jgn bau hangit yer..hehhe..dan bukan juga panggilan hangit hot fm...hehhe

kemuadian masukkan daging yang telah dihiris..kacau hingga rata...masukkan lada sulah ikut suka..kalu nak pedas..boleh letak byk sikit...
masukkan kicap dan sedikit garam...tambah kan air untuk mengempukkan daging tadi...
dan kalu dah masak...siap untuk dihidang dan jom makan...hehhehe






""Selamat Mencuba""

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan: Day 13

assalamulalaikum....
hari ni dah hari ke 14 dah kita berpuasa...dah byk dah umie skip wat n3 kat sini...
almaklumla..cuti balik rumah mertua..x dan nak ambik gambar..hehehhe

so..petang semalam balik dari BP..mak mertua umie bagi pisang dan cempedak...
almaklumla...sekarang ni musim cempedak...ramai gak org jual cempedak sepanjang jalan kat BP...umie pun dah naik pening dah dok dlm kereta time balik petang semalam sb penangan baunya...

so..untuk berbuka petang semalam..umie dan mr. hubby makan sekodok dan cucur cempedak


ni cekodok pisang.....



ni pulak cucur cempedak...kalu dalam bahasa umie cempedak ni di panggil padouk..ehhehehe


ok..layan....

Friday, August 20, 2010

Ramadhan: Day 9

Berbuka semalam umie layan jer la roti sardin ni ngan air laici...
sedap gak....


roti sardin

ni taukan resepinya, so xyah la umie tunjuk resepinya pulak...kalu ad aorg request tu baru la umie akan wat resepinya...hehehhee


update:

resepi ni request oleh CahayaMatakuYangMenyaksikan

Bahan:

1 biji bawang besar di potong dadu
3 biji cili(pedas pun sedap)
sardin 1 tin
roti
perasa

tepung gandum dan sedikit air utk gam roti...

cara membuatnya:

tumis bawang dan cili hingga sedikit garing
kemudian masukkan sardin dan kacau hingga rata
hancur2kan sardin dan tambahkan perasa
siap.

roti di digiling hingga nipis
kemudian calit tepung keliling roti
letakkan sardin di atas roti dan kemudian digulung dan bahagian hujung roti di kepit dgn jari supaya time nak goreng xkan terbuka..
selesai menggulung boleh la digoreng....


"Selamat mencuba"





Thursday, August 19, 2010

Ramadhan 8: Menu

Jom layan jerla gambar yer...



kari ikan termenung...umie makan pun termenung gak..hihihih


tomyam udang..ulang tayang balik sb hubby request nak makan ni..



sambal kentang....



air sirap sunvelly


ok..itu saja...

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Day 7

alhamdulillah...hari ni dah puasa yang ke 8..umie baru jer puasa yang ke 4..hahha
semalam juadah berbuka simple jer...
umie masak nasi lemak lauk ikan bilis, telur rebus dan ayam goreng halia.....
meh kita layan....



kacang goreng...
ni wajib dalam nasi elmak umie...kalu xda kacang mcm x complete jer..hehhe



ni of coz la telur rebus..rebus 3 biji....



ikan bilis goreng....



sambal ikan bilis....



ni ayam goreng halia...letak kunyit, kari sikit dan tumbuh halia dan perap..letak byk halia lagi sedap..hhehhe



nilah nasinya....



tadaaaaa...nasi lemaknya dah siap.....



dan airnya of coz la ada....air laici feveret my hubby......

Resepi Puding Karamel


Alhamdulillah...akhirnya menjadi juga puding karamel umie ni....
sukanya...x sangka boleh jadi padahal sukatannya ikut dan umie jer....
so..here we go...resepinya....

Bahan-Bahannya:

Bahan A
5 sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji kuning telur sahaja(buang putih)


Bahan B (karamel)
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar air....

Bahan C
400 ml susu sejat/ideal/cair
2-3 sudu esen vanila

Cara Membuatnya:

Karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang/acuan. Ketepikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan samada menggunakan microwave selama 2-3 minit. Jangan sampai mendidih.

Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Selesai memasukkan susu ke dalam telur..kemudian tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.



umie memang puashati la...



walaupun org kata senang nak buat tp lain org lain caranya...ada perbezaan apa yang kita buat dgn org lain buat walaupun resepinya sama..utk karamel yang umie wat ni...uie x ikut sukatan sgt..umie kurang kan gula..dan mb kurangkan susu sikit la...sab umie x sukat pun 400ml susu cair tu..tp x salah kalu u all nak try yang umie bagi tu..hehhehe

alhamdulillah..bau telurnya x sebau yang umie pernah makan sblm ni...sukanya...
nyummy....jom makan...hehhehe



"SELAMAT MENCUBA"

Ramadhan: Day 6


Puasa ke 6, menunya simple jer..
jom layan....


ni namanya terung goreng..yang digoreng ngan kicap dan sedikit garam....
ni menu umie punya...


ni pulak mr. hubby..feveret dia...terung masak air gini..sb dia suka makan berkuah...


ni pulak udang goreng tepung kentucky...bukan setakat ayam jer nak goreng ngan tepung tu..tp udang pun boleh..kalu kat kpg..udangnya besar-besar..murah..tp sini..udangnya kecik pun dah mahal..tp alhamdulillah....hehehhe


ikan kembung goreng...hehhe..ni mr. hubby yang siang tau..ehhehe..thanks hubby


ni lak air asam kicap+bawang merah+bawang putih+cili+limau kasturi...nyummmy....
pencicah ni boleh makan ngan terung goreng dan juga ikan goreng tu....


ni lak air susu jagung special..sb apa special sb ada laici...hehehhe

~Selamat Menjamu Mata~

Monday, August 16, 2010

Resepi Ketam Bersos(4 ekor)


umie dah janji nak bagi resepi nikan..so here we go....

Bahan-Bahannya:




telur 2 biji
serai
bawang merah
bawang putih
halia..
semua bahan ni ditumbuk dan serai dititik....seperti gambar di atas...




ketam yang dah siap di belah..

cara membuatnya:

panaskan minyak
masukkan serai.......bawang..hingga kekuningan..
kemudian masukkan ketam..kacau hingga rata...
masukkan segelas air..xyah letak byk sb ketam memang akan mengeluarkan air...
didihkan hingga masak..
kemudian, masukkan sos..biarkan sekejap..
kemudian masukkan pula telur..kacau hingga rata...


dah agak-agak dah rata..so..boleh la tutupkan api



dan boleh la dihidang..

selamat mencuba...

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan: Day 5 menu berbuka

Selamat berbuka....
haruslah kongsikan apa yang umie masak pada Ramadhan yang ke 5 ni..



main menu....ketam bersos..resepinya nanti umie watkan k..



sayur bendi





buah mangga dan rojak madu dari ADABI



bandung special sb ada jagung....heheheh

Saturday, August 14, 2010

Resepi Roti Sosej

ok..ni lah resepi nak wat roti sosej ni...

sblm tu..untuk makluman u all..umie bukan jenis yang ada sukatan kalu nak wat doh roti..biasanya umie akan rasa guna tgn jer...kalu doh tu ok..hehhe....ok...???




Bahan-Bahannya:

tepung gandum - ikut suka @ 3 senduk nasi
yis - setengah paket
planta - 1 sudu
**air - 1 gelas
**susu pekat manis - 1 sudu
sosej 4 batang

**susu dan air dikacau




Cara membuatnya:

gaulkan tepung gandum dan yis hingga rata...
masukkan planta dan gaul rata
masukkan air susu sikit demi sedikit
gaul adunan hingga sebati dan menjadi doh
sekirannya doh dah lembut..bahagikan kepada 4 bahagian
dan kemudian..gulungkan doh tersebut pada sosej...
ikut suka nak buat mcm2 bentuk...

biarkan doh hingga kembang naik...
bakar pada suhu 120-150 celcius selama 15-20 minit.....
sblm membakar roti..sapukan minyak masak dan letakkan sos dipermukaan roti...kalu nak letak cheese pun boleh...



doh yang umie wat ni sebesar genggaman tangan umie jer dan boleh wat 4 roti....

"Selamat Mencuba"