Thursday, November 25, 2010

Marble Cheese Cake


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko(umie guna 1/2 cawan koko dan 5 sudu coklat masak)
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor(umie guna 1 cawan gula pasir di kisar)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB(umie guna tepung hong kong)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Selamat Mencuba


Tuesday, November 23, 2010

Daging Masak Hitam


Ahad...hari paling relax dan hari tu juga la hari yang boleh umie bersilat kat dapur....
hari tu balik kpg...bawa balik daging korban tu..
sb nak habiskan semua daging..so 1st umie masak daging masak hitam ni..
mula-mula ingat nak wat rendang..tp kerisik lak tak da..dah la baru 1st time nak masak rendang..haha...rendang dah jadi masak hitam lak jadinya...

so..kalu nak tau resepinya tanpa kerisik...nilah dia....

Daging Masak Hitam...

Bahan A:
1 kg @ 1/2 kg daging
gula apong/gula melaka

Bahan B:
serai
halia
lengkuas
bawang merah
bawang putih
cili kering
(Bahan B di blender/kisar)

Bahan C:
minyak masak
kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih


Bahan D:
Santan
perencah rendang adabi
browning/caramel brownie
kicap

Cara Mambuatnya:

**daging di perap bersama gula apong/gula melaka
1. Panaskan minyak
2. Tumis Bahan C
3. Masukkan pula Bahan B yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
4. kemudian masukkan pula Bahan D.
5. Masukkan pula daging yang telah di perap. kacau hingga rata dan sehingga masak. tamabh air jika masakan kering...


**selamat mencuba yer kawan-kawan..ni jer lah menu yang simple umie watkan kalu yang jenis x suka nak guna bahan byk-byk..hehhee

Saturday, November 20, 2010

Resepi Cheese Kek


assalamualaikum....
umie direct to the point jerlah yer....
memandangkan ad ablogger yang tertanya pasal resepi kek ni..so..inilah resepinya....

kek ni umie wat hari raya aidil adha ri tu....
sorrylah x kemas sb sajer jer wat..xda pulak terfikir nak letak dalam blog..hahhaa...



Bahan-Bahannya:

250gm(1ketul)mentega anchor yg xmasin,(boleh guna apa2 mentega kalu xda mentega anchor..umie guna golden churn salted pun boleh..)

250gm cream cheese(anchor),(cream cheese lain-lain boleh guna)

170ml krimer (nestle)-tin,

1 gelas gula halus,

200ml susu segar(dutch lady),(utk mencelup biskut, kalu xda dutch lady boleh guna susu jenama lain)

2bks biskut salted cheese(biskut ni susah nak dapat kat semenanjung..biskut import dari sarawak, selain tu boleh guna biskut lain..celup dahulu baru susun cth: oreo, biskut marie)

Cara membuat:

(1).masukkan mentega dan gula pukul hingga kembang.kemudian masukkan krimer dan cheese pukul lagi hingga betul2 kembang.

(2).susu segar di panaskan kemudian disejukkan.

(3).sediakan acuan 9x9 @ 8x8 dilapik dgn aluminium foil yang secukupnya untuk menutupi keseluruhan kek tersbt.

(4).untuk lapisan bawah kek sapukan krim (1) tadi.celupkan biskut cheese ke dalam susu segar tadi (2) dan disusunkan rapat2 kedalam acuan.

(5).selepas itu susun lagi biskut cheese tsbt dan tekan.sapu lagi dengan krim dan begitulah seterusnya sampai hbs.

(6).setelah siap masukkan kedlm pt sejuk biarkan slama 2 jam.

(7).siap utk dimakan.