Wednesday, September 1, 2010

Kek Belacan

Di sini..umie ingin kongsikan kek feveret umie iaitu kek belacan..
resepi ni dari blog kak Hasue....



Bahan2:


16oz mentega

10 biji telur

1 gelas gula halus

1 tin susu pekat manis

1 tin kecil serikaya

1 tin kecil nestle cream

1 paket kecil horlicks

2 gelas tepung gandum

Browning sugar secukupnya (Caramel Brownie)

satu sudu kecil nescafe

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu teh esen vanila



Cara membuatnya:

Didih air di dalam pengukus sebelum mengukus kek

Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu

Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)

Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati

Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan

Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.

Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati

Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung

Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama sehingga masak atau selama 4 jam..jgn kukus terlalu lama kerana kek akan merekah...




Selamat Mencuba....

7 comments:

  1. laaa ingatkan guna belacan betui hehe

    ReplyDelete
  2. tu la tekejut tgok kek belacan hehehe

    ReplyDelete
  3. ina: hahha....nama jer kek belacan tp x taruk belacan pun...

    dekna: hehhee..abg ipar umie pun suka makan..sedap...

    ReplyDelete
  4. salam kenal umie...wahhh umie dah buat kek belacan tu...kak ima dah lama simpan resepinya tapi tak berkesempatan lagi nak membuatnya...mesti sedapkan

    ReplyDelete
  5. Salam,16oz 2 brp gm?saya kurang pasti lah nak guna oz nie..

    ReplyDelete
  6. syllah: 16oz ni bersamaan dengan tin mentega sederhana besar..kalu paling kecil 340g..yang 16oz ni bersamaan dengan 454g kalu x silap umie la..hehe

    ReplyDelete
  7. 1 tin susu pekat manis tu, tin kecil atau tin besar ya?

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda..