Tuesday, July 24, 2012

Rainbow kek @ Kek Pelangi


Assalamualaikum...

ni 1st time wat kek guna yang guna cream mcm ni...so far hasilnya memang baik..
dan seronok lak membuatnya..lepas ni kalau nak wat kek birthday boleh wat sendiri la lepas ni..


so...umie nak copy n paste jer resepi umie guna untuk wat kek ni..
1st of all umie nak berterima kasih la kepada owner blog yang umie tengok untuk rujukan kek ni... Masam Manis Azlita. Selalu masuk blog dia tp xpernah try lagi resepi lain tp suka tengok jer...hehhe..then kali ni berpeluang nak try sb kek rainbow ni tengah hot..so..kena lah try...sedap...



Rujukan : Blog Azlita

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis (umie guna 1 1/2 cawan jer pun dah cukup)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau (kuning, biru, ungu, hijau dan merah)

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


untuk icingnya/buttercream umie guna 2 cara

FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek dan Blog Azlita

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais (umie guna brand value pride)
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila



Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...


Resepi Buttercream

rujukan: Myresepi (resepi asal) dan resepi ni umie telah edit kat bawah.

  • 250 gm butter
  • 125 gm krimwell
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara

  1. Pukul butter + krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

icing yang berwarna putih tu adalah fresh cream frosting dan yang biru tu menggunakan buttercream. so far kedua-duanya sedap.

so..u all boleh la try lepas ni...resepinya senang tp nak mendeconya umie x reti..hehheheh



nota kaki:

sebelum umie nak wat kek ni..umie dah g google perbezaan non dairy whipping cream dan dairy whipping cream dan kegunaannya untuk kek. kalau u all nak tau lebih lanjut..bacalah kat sini...

Wednesday, February 22, 2012

Udang Tempura

Assalamualaikum...

masak udanng tempura ni minggu lepas....
udang pun just ada 10 ekor...alahamdulillah..kenyang..walau pun makan berdua jer....


semua org taukan nak watnya...kat label kotak bread crumb tu ada ajar mcm mana nak wat....hehhehe


Monday, February 20, 2012

Spagetti

Assalamualaikum....

lama dah x wat spagetti...
untuk makluman u all..umie ada 2 blog..1 blog yang campur aduk..1 lagi blog utk makanan jer..yang 1 lagi tu blognya nama umikgadismelanau. blog tu dah wujud sejak thn 2008..

blog masakan ni lak.. setahun kemudian..umie dah kawin baru umie wat blog ni sb nak abadikan dan sebagai rujukan umie..almaklum la..sejak kawin baru reti nak masak..hehhe...
u all sila percaya yer...hhehehe



actually..rasanya ni kali ke 3 umie wat..kalau nak tengok resepi sblm ni kat sini... spagetti 1 thn 2009 dan spagetti 2 thn 2010..dan thn 2012..dan rupernya kat atas tu okay...hehehhe



Donut

Assalamualaikum....

Semua org boleh wat donutkan....so..mcm tu gak umie...
resepi umie guna memang simple jer...

tepung
yis
air susu
planta

tu jer..dan sukatan pun ikut dan jer....hehhehehhe
tp rasanya still sedap...



Saturday, February 11, 2012

Pizza Ayam

Assalamualaikum...

Dah lama x wat pizza..
memandangkan topping utk pizza ni ada so..umie wat pizza...

Bahan utk Doh:

2 cawan tepung (kalau nak buat sikit, kurangkan tepung)
1 paket yis
1 sudu makan susu + 1 cawan air
1 sudu planta

cara membuatnya:

1. gaulkan tepung bersama yis sehingga rata.
2. masukkan planta dan gaulkan planta sehingga rata.
3. kemudian masukkan air..kalau doh lembik tambahkan tepung sehingga menjadi doh.
4. rehatkan doh selama 1/2 -1 jam.
5. setelah di rehatkan, uli doh dan letakkan dia atas loyang atau acuan.


doh yang telah diuli dan biarkan rehat selama 15-20 minit sehingga doh naik.
cucuk permukaan doh menggunakan garpu.


kemudian, ratakan sos di atas doh itu tadi.


letak la apa-apa topping yang u all suka
tada..dah siap dah....

masakkan selama 20-30 minit dengan suhu 100-120 C bergantung kepada saiz pizza..

untuk topping pizza..tiada topping yang khussus..u all boleh letak apa-apa bahan pun utk toppingnya..Pizza umie ni xda cheese sb umie guna apa yang ada jer kat rumah..kalau nak letak cheese dan mayonis pun boleh...

sebelum ni umie pernah gak wat pizza dan ada gak resepi utk pizza tu..kalau nak tengok..tengok sini ---> Pizza



Apam Eno

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari dah nak buat apam ni.dalam 2 minggu ni asyik mengapam jer...hehehe
sb suka tgk apam ni dalam paper cup

so hari ni tadi umie wat apam eno @ apam tepung beras..


Bahan-Bahanya:

2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/4 cawan air
1 paket yis
1 paket kecil eno

Cara Membuatnya:

1. Blend air dan gula hingga sebati.
2. masukkan bahan lain seperti tepung dan yis, blend sehingga sebati.
3. setelah sebati, perapkan adunan tadi semalaman atau 3-4 jam di dalam bekas yang kedap udara..tp umie 3 jam gitu jer sb x sabar..hehehe..adunan tadi akan naik dan mengembang.
4. setelah lama diperap barulah masuk kan eno dan dikacau perlahan sehingga berbuih.
5. kalau adunan terlalu cair, tambahkan sedikit tepung lagi.
6. Panaskan pengukus dan kukuslah sehingga 15-20 minit sehingga masak dan mekar seperti umie wat tu..hehhehe

Tuesday, February 7, 2012

Apam Coklat

Assalamualaikum...

Resepi apam ni umie dapat dari kawan fb umie...


Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam

cara membuatnya:

1. masukkan kesemua bahan ke dlm mesin pengisar@blender kecuali tepung. kisar sehingga sebati dan kembang.
2. Setelah sebati..masukkan ke dalam bekas tepung...gaul dan whisk kan tepung bersama adunan tadi sehingga rata.
3. kemudian masukkan adunan ke dalam paper cup dengan menggunakan jug bagi memudahkan adunan di masukkan ke dalam acuan.


Apam Polkadot

Assalamualaikum...

Resepi pertama setelah setahun x mengupdate resepi di sini...

Apam Polkadot

Resepi Asal: Cik Tomato

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( Lebih 50 biji papercup kecil )

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus -umie guna gula yang belum dikisar
150 ml susu segar/ susu cair -umie guna susu cair ideal
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukaia
pewarna - umie x letak filling tp adunan umie letak perasa pada aduanan

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(baking powder, masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz papercup.





**tulisan warna merah tu umie edit sendiri...hehhee

selamat mencuba


Baru nak update....

Assalamualaikum....

Mak ai..setahun dah x berupdate kat blog ni..kesiannya...tp walaupun x berupdate...nuffnang masih menaja iklan utk blog ni..tqq..

then tq gak kepada pengunjung yang setia ke blog umie ni...
jap lagi umie update resepi dalam ni ok...