Main Blog

  • Majlis Kawin 2014 - Assalamualaikum... Baru 2x post something kat blog bulan ni... 9.2.2014 umie g kenduri kawin kat kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya.. Kenduri kawin anak b...
    6 months ago

Tuesday, July 24, 2012

Rainbow kek @ Kek Pelangi


Assalamualaikum...

ni 1st time wat kek guna yang guna cream mcm ni...so far hasilnya memang baik..
dan seronok lak membuatnya..lepas ni kalau nak wat kek birthday boleh wat sendiri la lepas ni..


so...umie nak copy n paste jer resepi umie guna untuk wat kek ni..
1st of all umie nak berterima kasih la kepada owner blog yang umie tengok untuk rujukan kek ni... Masam Manis Azlita. Selalu masuk blog dia tp xpernah try lagi resepi lain tp suka tengok jer...hehhe..then kali ni berpeluang nak try sb kek rainbow ni tengah hot..so..kena lah try...sedap...



Rujukan : Blog Azlita

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis (umie guna 1 1/2 cawan jer pun dah cukup)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau (kuning, biru, ungu, hijau dan merah)

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


untuk icingnya/buttercream umie guna 2 cara

FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek dan Blog Azlita

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais (umie guna brand value pride)
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila



Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...


Resepi Buttercream

rujukan: Myresepi (resepi asal) dan resepi ni umie telah edit kat bawah.

  • 250 gm butter
  • 125 gm krimwell
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara

  1. Pukul butter + krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

icing yang berwarna putih tu adalah fresh cream frosting dan yang biru tu menggunakan buttercream. so far kedua-duanya sedap.

so..u all boleh la try lepas ni...resepinya senang tp nak mendeconya umie x reti..hehheheh



nota kaki:

sebelum umie nak wat kek ni..umie dah g google perbezaan non dairy whipping cream dan dairy whipping cream dan kegunaannya untuk kek. kalau u all nak tau lebih lanjut..bacalah kat sini...

No comments:

Post a Comment

terima kasih di atas komen anda..