Tuesday, February 7, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum...

Resepi pertama setelah setahun x mengupdate resepi di sini...

Apam Polkadot

Resepi Asal: Cik Tomato

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( Lebih 50 biji papercup kecil )

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus -umie guna gula yang belum dikisar
150 ml susu segar/ susu cair -umie guna susu cair ideal
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukaia
pewarna - umie x letak filling tp adunan umie letak perasa pada aduanan

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(baking powder, masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz papercup.





**tulisan warna merah tu umie edit sendiri...hehhee

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment

terima kasih di atas komen anda..