Saturday, November 20, 2010

Resepi Cheese Kek


assalamualaikum....
umie direct to the point jerlah yer....
memandangkan ad ablogger yang tertanya pasal resepi kek ni..so..inilah resepinya....

kek ni umie wat hari raya aidil adha ri tu....
sorrylah x kemas sb sajer jer wat..xda pulak terfikir nak letak dalam blog..hahhaa...



Bahan-Bahannya:

250gm(1ketul)mentega anchor yg xmasin,(boleh guna apa2 mentega kalu xda mentega anchor..umie guna golden churn salted pun boleh..)

250gm cream cheese(anchor),(cream cheese lain-lain boleh guna)

170ml krimer (nestle)-tin,

1 gelas gula halus,

200ml susu segar(dutch lady),(utk mencelup biskut, kalu xda dutch lady boleh guna susu jenama lain)

2bks biskut salted cheese(biskut ni susah nak dapat kat semenanjung..biskut import dari sarawak, selain tu boleh guna biskut lain..celup dahulu baru susun cth: oreo, biskut marie)

Cara membuat:

(1).masukkan mentega dan gula pukul hingga kembang.kemudian masukkan krimer dan cheese pukul lagi hingga betul2 kembang.

(2).susu segar di panaskan kemudian disejukkan.

(3).sediakan acuan 9x9 @ 8x8 dilapik dgn aluminium foil yang secukupnya untuk menutupi keseluruhan kek tersbt.

(4).untuk lapisan bawah kek sapukan krim (1) tadi.celupkan biskut cheese ke dalam susu segar tadi (2) dan disusunkan rapat2 kedalam acuan.

(5).selepas itu susun lagi biskut cheese tsbt dan tekan.sapu lagi dengan krim dan begitulah seterusnya sampai hbs.

(6).setelah siap masukkan kedlm pt sejuk biarkan slama 2 jam.

(7).siap utk dimakan.

1 comment:

  1. hi... kalau tak perlu guna krimer (nestle) tu ok juga rasanya? pasal krimer susah la nak cari. ; )

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda..